Friday, September 26, 2008

Mengapa Manusia Perlu Berkomunikasi???

Ada banyak sebab mengapa manusia perlu berkomunikasi. Keperluan-keperluan ini boleh dikategorikan sebagai:

i) Keperluan kesihatan fizikal dan mental
ii) Keperluan identiti
iii) Keperluan sosial
iv) Keperluan untuk mencapai matlamat


Keperluan Kesihatan Fizikal dan Mental

Berikut adalah masalah-masalah yang boleh dialami oleh seseorang jika mereka memilih untuk mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain (Adler, Rosenfeld & Towne, 1999):

a. Orang yang kurang berkomunikasi menghadapi risiko koronari atau serangan sakit jantung yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang sering berkomunikasi.

b. Orang yang tidak suka berkomunikasi adalah dua atau tiga kali lebih pendek usianya berbanding dengan orang yang terlibat dalam hubungan sosial seperti perkahwinan, persahabatan, keagamaan dan sebagainya.


Keperluan Identiti

Kita perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mengetahui siapa diri kita sebenarnya. Kita tidak mungkin tahu sama ada kita seorang yang pandai atau bodoh, cantik atau hodoh, mahir atau tidak dalam suatu bidang kecuali ada orang lain yang menilai dan menyatakannya pada diri kita.


Keperluan Sosial

Seseorang memerlukan kasih sayang, keseronokan, perasaan dipunyai, riadah, kawalan dan sebagainya melalui interaksinya dengan orang lain. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Hiraki Keperluan Maslow.


Keperluan Untuk Mencapai Matlamat


Untuk mencapai suatu matlamat, kita perlu berkomunikasi dengan orang lain. Kemahiran berkomunikasi membolehkan kita memujuk atau mempengaruhi orang lain untuk mencapai apa yang kita inginkan.

No comments: